cerita manis Bellamy dan pahit Meireles

Kami di MY-LFC ingin mengucapkan selamat kembali kepada Craig Bellamy, untuk kontrak selama 2 tahun. Penyerang berusia 32 tahun ini bakal memakai jersi no.39 untuk skuad Liverpool 2011/2012. Bellamy pernah bersama kita pada musim 2006-2007 dan menyumbangkan 9 gol dalam 41 penampilannya bersama kita ketika itu, adalah pemain ke-7 yang dibawa masuk oleh King Kenny. Wish you all the best in Anfield, Bellamy.
Dalam perkembangan berkaitan, Raul Meireles turut melengkapkan perpindahan beliau ke Chelsea dalam perjanjian yang dikhabarkan bernilai £12 juta. Walaupun bidaan asal Chelsea telah ditolak, namun Meireles sendiri telah menyerahkan permintaan untuk dipindahkan dan memaksa kita untuk menerima tawaran tersebut. Di sana, beliau akan bersatu kembali bersama bekas pengurusnya di FC Porto, Andre Villas-Boas serta bekas rakan sepasukan di Liverpool, Fernando Torres. Ini turut bermakna hampir keseluruhan pemain yang ditandatangani oleh bekas pengurus kita, Roy Hodgson telah dijual kembali.
Dalam pada itu, David Ngog juga melengkapkan perpindahan beliau ke Bolton dengan harga perpindahan bernilai £4 juta. Menyertai kita dari Paris St Germain pada tahun 2008 ini telah membuat 94 penampilan dan menyumbangkan 19 gol. All the best buat Ngog.
Pemain Terbaik Pilihan Lagenda
ByAmberan, LiverpoolKita
Liverpoolkita telah menemuramah 10 orang lagenda Liverpool seperti Phil Thompson, Jan Molby, David Fairclough, Alan Kennedy, Phil Neal, Gary Gillespie, Tommy Smith, Ian Callaghan Ronnie Whelan dan Jason McAteer tentang siapa pilihan mereka untuk diberikan anugerah Pemain Terbaek Liverpool musim 2010/11. Mari kita tengok apa pendapat mereka.
Phil Thompson: Lucas, kerana konsisten. Dulu saya pernah kutuk dia, tapi lupakanlah cerita tu. Dia memang mantop dan selalu berikan markah 7 atau 8 per 10 setiap perlawanan. Pilihan lain Kuyt dan Suarez.

Jan Molby: Saya kalau boleh nak pilih ramai, boleh tak? Mula-mula nak kasi kat Martin Kelly, tapi tup-tup dia cedera pula. Namun setelah kedatangan penjaga gol Uruguay, eh penyerang, yakni Luis Suarez saya suka lihat dia. Tapi saya juga suka Kuyt, Lucas dan Miereles. Namun setelah tengok balik youtube, saya yakin pilihan terbaik saya ialah Dirk Kuyt. Dia sangat rajin dan paling konsisten buat gol.
David Fairclough: Saya macam Phil juga pilih Lucas. Semenjak Alonso, Mascherano pergi Lucas telah main peranan penting untuk mengawal kawasan tengah. Dulu dia memang tak bagus, tapi sekarang ni dia meletop. Kalau dia diberi kepercayaan untuk naik menyerang saya yakin orang akan lihat Lucas macam lihat Souness main.
Alan Kennedy: Pernah tengok saya main masa kita klaseman dulu, tak pernah tengok? Kalau tak pernah cara Suarez main memang iras-iras saya main tapi saya hebat kerana menang macam-macam dah tapi dia belum lagi. Sipa sangka yang Suarez boleh sesuaikan diri dengan EPL. Masuk-masuk saja dah bubuh gol. Saya afundi Suarez untuk pemain terbaik. Kuyt pula nombor dua sebab dia main kat mana pun tetap rajin dan boleh buat gol lagi.
Phil Neal: Saya pilih Kuyt. Kita perlukan mat giat dari pada pemain bintang. Bila disuruh main kanan, kiri dan tengah saya tengok serupa saja main tak pernah mengecewakan. Dia memang serasi dengan Suarez. Paling saya suka ialah bila Kuyt bubuh hatrik keatas Man U. Kredit penuh untuk Kuyt sebab bila diperlukan dia dia bagi sepenuhnya.

Ronnie Whelan: Raul Meireles. Sebab dia dapat sesuaikan diri dengan cepat dalam EPL. Walaupun diletakkan dimana-mana posisi, dia tak pernah merungut dan berikan terbaik dan mengikut arahan pengurus sebaiknya. Semenjak Dalglish datang, dia lagi menyerlah dan paling saya suka gol ketika lawan Chelsea.
Gary Gillespie: Dirk Kuytlah siapa lagi pemain yang konsisten walau pengurus bertukar ganti. Dia telah jaringkan gol penting dan paling penting hatrik lawan Man U. Dikala pemain lain main cam musibat dia tak henti-henti berusaha gigih dan kita memang boleh harap pemain seperti dia.
Tommy Smith: Saya tak namapak orang lain dah. Jamie Carragher dah jadi pemain kedua paling otai dibelakang rakan saya Ian Callaghan. Nasib tak baik dia cedera semasa lawan Spurs sebelum ini, tapi berusaha cepat sembuh dan lepas saja baik main kemain hebat. Dia banyak membantu pemain muda seperti Flanagan dan Robinson untuk sesuaikan diri. Walaupun adakalanya main cam hampeh namun dia sepat-cepat perbaiki kelemahan itu. Saya amat respek pemain ini.
Ian Callaghan: Betul cakap Tommy, saya pun suka Carragher jadi pemain terbaik. Dia bermain konsisten dan tengok rekod 667 perlawanan, hebat. Dia no.2 paling otai dibelakang saya dan saya tak pasti orang lain selain Carra dapat potong rekod yang saya simpan selama ini. Selepas Carra, Kuyt juga calon pilihan saya.
Jason McAteer: Saya pilih Encik Konsisten, Jamie Carragher. Kita mungkin meragui kebolehan beliau sebab umur dan lanjut tapi tetap jadi pilihan kerana dia paling terbaik. Walaupun perbah cedera tapi lepas baik dia main macam tak ada apa-apa sebelum ini. Lagi satu masa Carragher cedera barisan pertahanan kita nampak agak goyah. Kebolehan yang tak boleh disangkal dari pemangku kapten kita ialah dia pandai mengatur organisai pertahanan semasa pemain muda sperti Flanagan dan Robinson main.
Undi: Anda pilih Raul
Abam Meireles, pemain kelahiran portugis dipilih pembaca setia blog my-lfc sebagai pemain paling menonjol ketika di bawah pemerintahan raja Kenny. Namun, tak dapat disangkal lagi, Abam Raul merupakan rekrut di bawah pengurusan Atuk Roy dengan harga hanya £11.5juta. kepada pengkritik tegar atuk woy.. ini dia hasil kerja kerasnya. jangan cakap atuk ni terlalu SAMPAH. Rujuk entri dari Ijam: YNWA: Selamat datang Raul Meireles
Dengan selamba pemain baru kita nih ‘menapau’ player lain lebih dari separuh undi. Sangat teruja juga melihat pemain kelahiran darah daging scouse, Kelly mencucuh 26% di belakang. taklah terlalu rapat. kehadiran pemain baru, Suarez sedikit menggugat undi baru-baru ini di tempat ke-3 pada undian ‘Other answer’ yang hampir 90% pembaca meletakkan Suarez sebagai pilihan.
Untuk versi undian berikutnya, kami buka untuk anda pilih prospek pemain muda yang paling cerah untuk diketengahkan dan seterusnya ‘become a legend’ di Liverpool:
Injury Updates menjelang perlawanan menentang manshitt
Menurut berita yang kini semakin bertebaran dari segenap laman web sukan di internet, banyak penulis dan blog-blog hangat memperkatakan, katanya pemain termahal England akan kembali beraksi dalam debut pertama sejak berpindah dari Newcastle untuk menyertai Liverpool.
Dalam laporan yang berbunyi, kini khabarnya Andy Carroll semakin hampir untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Man united pada malam ahad ini, hal ini juga telah diakui oleh ketua perubatan di mellwood Dr Peter Brukner yang menyatakan berkemungkinan Andy akan berpeluang untuk menyarung jersey The Reds pada perlawanan tersebut.
Disamping itu juga, Raul Meireles, Daniel Agger dan Fabio Aurelio diharapkan akan kembali ke sesu latihan penuh dalam masa 48 jam akan datang dan boleh dijangka bahawa ketiga tonggak Liverpool ini akan boleh diturunkan pada perlawanan menentang united dalam kempen Liga Perdana.
Hal ini bukan sekadar omong kosong sahaja, kerana jurulatih Liverpool, Steve Clarke sendiri menyatakan bahawa kemungkinan adalah tinggi untuk Meireles yang merupakan pemain antarabangsa Portugal ini untuk kembali mendapat tahap kecederasan, yang akan membolehkan dia beraksi dalam perlawanan akan datang.
Namun squad kita akan turun tanpa pemain muda kita, Martin Kelly yang telah disahkan oleh LFVTV, bahawa Kelly terpaksa direhatkan selama 4 minggu kerana kecederaan hamstring. Dan ini pastinya memberikan peluang kepada Johnson untuk kembali ke posisi kegemarannya di sebelah kanan dan meletakkan Wilson ataupun Fabio Aurelio di sebelah kiri.
–Ferdinand and vidic, sorylah! you out dumb shit!!!!–
Manakala dikutip dari sumber yang boleh dipercayai, saya (penulis) telah membuat sedikit andaian bahawa berkemungkinan United akan turun tanpa dua tonggak utama pertahanan mereka iaitu Rio Ferdinand yang masih cedera manakala Nemanja Vidic, sedang dalam proses pengantungan perlawanan kerana menerima kad kuning kedua semasa perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge rabu lepas. Dan juga berkemungkinan bahawa Patrice Evra, pertahanan kiri united juga berkemungkinan akan ketinggalan dalam perlawanan di Anfield ahad ini kerana mengalami kecederaan kecil semasa united menentang Chelsea.
Dalglish membuatkan kita kembali bermimpi.
Jika diperkatakan mengenai sejarah Kelab dan sejarah individu yang banyak menyumbangkan tenaga dan buah fikirannya sudah pastilah kita kini akan mengingatkan kepada kepada pemain yang pada era 80 an pernah mengegarkan erena pentas bola sepak Liga Perdana dengan kehebatannya dalam permainan semasa dalam padang dan kemudian menjadi pengurus Liverpool dan juga pada masa yang sama menjadi pemain yang beraksi dalam squad Liverpool pada ketika itu.
Semasa era kegemilangannya beliau berjaya menjaringkan 118 gol dalam 355 untuk Liga Perdana. Banyangkanlah dengan keadaan menjadi pengurus dan juga menjadi pemain didalam squad dia juga boleh menjaringkan gol juga. Kini dengan kembalinya Kenny Daglish pada 8 January 2011 sebagai pengurus Liverpool apabila menggantikan Roy Hodgson yang telah dipecat kerana prestasi pasukan yang terumbang-ambing.
Pada suatu ketika pada era kendalian Roy seolah-olah perluang untuk Liverpool kembali ke Liga Juara-Juara semakin gelap dan malap, namun sejak kedatangannya pada pada awal januari lepas, banyak perubahan yang telah berlaku dalam pasukan, kini dengan prestasi semasa Liverpool yang telah menang 4 perlawanan dan masih mengekalkan rekod tanpa bolos dalam penampilan pasukan dalam Liga Perdana. Dengan kemenangan terbaru semasa menentang Chelsea, dengan kepintaran dan segala pengalaman yang lalu Daglish berjaya menghasilkan formasi yang pada mulanya tampak merisaukan apabila mengunakan formasi 3-5-2.
Secara jujurnya apabila melihatkan formasi ini, saya agak takut dan saya terpikir sejenak apakah yang ingin diperlihatkan oleh Daglish dalam perlawanan tersebut. Tetapi ternyata tangapan saya benar-benar songsang dengan apa yang diperlihatkan oleh corak permainan pasukan. Ternyata dengan tiga orang pemain yang diletakkan pada barisan pertahanan berjaya menyekat kemaraan tiga penyerang terbaik dunia iaitu Torres, Anelka dan Didier Drogba daripada bebas membuat gerakan yang merbahaya dalam kotak penalti pasukan kesayangan kita ini.
Dengan memberikan ruang dan peluang untuk Johnson dan Kelly untuk bergerak bebas kita berjaya membuktikan bahawa formasi ini sesuai untuk menyekat kemaraan The blues dengan formasi diamond mereka. Kini dengan secara tidak langsung kita Liverpool berada di tangga ke enam dalam Tahta liga Perdana dan hanya ketinggalan 6mata dengan Chelsea dan spurs yang berada di tangga kelima dan keempat. Saya yakin dan amat percaya jika momentum ini dapat terus dikekalkan oleh Daglish dan squad kendaliannya. Sudah pastilah angan-angan kita untuk melihat Liverpool kembali beraksi dalam kejohanan liga Juara-juara bukan lagi mimpi sahaja.
Disamping itu juga, kehadiran Daglish teleh berjaya membuktikan bahawa squad yang ada pada era kendalian Roy adalah squad yang terbaik dan mereka sememangnya layak untuk bermain di Liverpool. Salah satu contoh nya yang terbesar adalah Raul Meireles yang telah berjaya memecahkan dominasi gol peribadinya di Liverpool dan kini Meireles telah berjaya menjaringkan 4 gol dalam 3 perlawanan.
Tidak dilupakan juga kepada Martin Kelly dan Glen Johnson yang telah bertukar posisi dan segalanya Nampak tidak mempunyai masalah, malah kini mereka berdua telah menjadi tonggak Liverpool dalam corak serangan Liverpool. Manakala mengenai Lucas Leiva, sejak kendalian Daglish, pemain kelahiran Brazil ini telah banyak berkembang dari aspek kawalan bola dan juga semakin hari, tampak permain ini juga telah dilebelkan oleh peminat sebagai salah seorang tunjang dalam kelangan pemain Liverpool. Hal ini adalah berbeza semasa kendalian Roy, dimana pada ketika itu boleh dikatakan pemain ini selalu dikecam kerana bermain dengan prestasi permainan yang yang buruk. Namun kini semuanya telah berakhir.
Akhir kata dari saya (penulis), terima kasih Kenny Daglish kerana telah mengembalikan senyuman kepada kami peminat Liverpool dan juga kami berharap pada masa akan datang Liverpool terus sukses dan gemilang pada masa akan datang. “King Kenny we all love and trust you” YNWA!!!!!….
Meireles dipilih sebagai pemain terbaik bulan januari

Lagi berita yang pastinya mengembirakan kepada Raul Meireles, dimana pada hari ini dia secara rasminya kini dipilih untuk mendapat anugerah pemain terbaik bulanan Standard Chartered. Ataupun lebih biasa dipanggil Chartered LFC Player of the Month. Untuk bulan Januari…
Jika dilihatkan kepada pemenang sebelum ini adalah Pepe reina, dan pada bulan januari adalah yang terpilih adalah pemain kesayangan kita yang memakai jersey no 4. Hal ini adalah bertepatan dengan rekod permainan beliau sepanjang bulan lepas, dimana Raul menunjukkan corak permainan yang menakjubkan serta telah menjaringkan gol-gol yang menarik untuk Liverpool pada bulan januari yang lepas.
Tambah Raul Meireles lagi…
“ jaringan yang dijaringkan pada perlawanan menentang Wolves, adalah kenangan manis saya yang indah apabila dapat menjaringkan gol seperti itu”
“dan pula jaringan debut pertama saya semasa menentang Everton semasa di Anfield adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan”
Akhirkata dari saya(penulis), semoga untuk bulan ini banyak lagi gol akan dijaringkan oleh Meireles untuk kembali membantu liverpool mengejar kembali kedudukan big four untuk mendapat slot ke liga Juara-juara musim depan, dan semoga pada perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge minggu ini, diharapkan dia dapat menjaringkan gol dan sekaligus menewaskan The blues.
Inilah Alasan Meireles ke Liverpool
Awalnya, Meireles agak ragu untuk berpindah ke The Reds karena tahu pasukan sedang dilanda krisis keuangan. Namun rakannya dalam squad Portugal menyarankan supaya ambil kesempatan tersebut dan selaligus membuatkan Meireles perpindah ke Liverpool. Rakan yang dimaksudkan adalah Nani, winger Manchester United, musuh tradisi abadi The Kop.
tambah Mireles lagi….
“Nani berkata pada yang saya akan menikmati semasa bermain Liga Perdana. Dia juga berpendapat gaya permainan saya sesuai dengan bola sepak Inggris,” ungkap Meireles Nani berkata bergitu walupun dia adalah pemain di Manchester United.
Selain itu, meski prestasi Liverpool kini masih mengecewakan, Meireles mengaku tak menyesal meyertai The reds karana tindakannya disokong oleh keluarganya. Baginya, keluarga lah yang membuat dia lebih dewasa dalam menghadapi berbagai masalah.
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)










