You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " reina"

“100th cleansheet untuk Reina”

Pada perlawanan menentang Aston Villa, Pepe Reina menjadi penjaga gol Liverpool yang terpantas dalam sejarah LFC yang mendapat gelaran 100 penampilan tanpa bolos yang dikumpul dalam 217 penampilan untuk Liverpool

Hal ini sekaligus memadam rekod terdahulu yang dipegang oleh Ray Clemence yang hanya mencapai taraf ini semasa penampilan ke 225 dan Elisa Scott melakukannya pada penampilan ke 283 untuk Liverpool.

Disamping itu pengurus Liverpool Roy Hodgson yang mengatakan, “Reina merupakan penjaga gol yang terbaik dan sentiasa memain peranannya sebagai penjaga gol dengan baik untuk Liverpool”.

Tambah reina Lagi….

“Terima kasih kepada rakan pasukan yang lain yang membolehkan saya mencapai taraf ini”
Dengan kemenangan ini tanpa kehadiran Fernando Torres, Steven Gerrard dan Jamie Carragher”.

bakal penjaga gol lagenda Liverpool

“kami mempu membuktikan kami adalah sebuah pasukan yang mempunyai pelbagai pemain dan kami bukan lah pasukan yang sentiasa bergantung kepada tonggak yang kami miliki”.

“Dan dengan jaringan dari David N’gog, Ryan Babel dan Maxi Rodriguez menjalankan tugas sebagai penjaring untuk membolehkan kami menang walaupun tanpa tonggak utama kami, saya yakin semakin hari kami semakin serasi dan semakin baik”

Oct 30, 2010

Henry: Janji kekal pemain bintang

Pemilik Liverpool John Henry telah menegaskan kelab tidak berniat untuk pemain terbaik pasukan.  Dimana ada spekulas yang bertiup bahawa penyerang sensasi Liverpool Fernando Torres yang berumur 26 tahun dan penjaga gol Pepe Reina 28 sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan kelab. Henry mengatakan kepada laman rasmi liverpoolfc.tv:

“Saya meyakinkan penyokong bahawa kami pihak pengurusan tidak akan membenarkan perkara ini terjadi”.

Tambah Henry lagi…..

“Kami ingin membina kekuatan skuad pada masa ini,bukan merosakkan kekuatan Liverpool.” Continue reading »

Oct 26, 2010

Angan-angan United mahu dapatkan Reina!!

Semasa Reina mendapatkan Premier League’s Golden Glove

Menurut akhbar The Daily Mirror pada hari ini, melaporkan bahawa Ferguson kini sedang berusaha untuk mendapatkan penjaga gol utama Liverpool iaitu Pepe Reina dan harga yang ditawarkan adalah sekitar £12 juta. Laporan mengatakan bahawa langkah ini diambil kerana untuk mencari calon yang benar-benar layak untuk mengantikan penjaga gol United Edwin van der Sar yang akan bersara pada akhir musim ini.

Kali terakhir dimana pemain dari Old Trafford berpindah ke Anfield adalah pada tahun 1964. Dimana Phil Chisnall iaitu penjaga gol United pada ketika itu yang mengambil keputusan untuk menyertai Liverpool. Tetapi ternyata dia tidak dapat bermain dengan baik kerana hanya menjaringkan 9 penampilan sahaja dalam tempoh tiga tahun.

Pada pendapat saya (penulis), perkara sebegini tidak akan terjadi, bahkan seperti yang kita tahu bahawa Reina baru sahaja mengikat kontrak baru dengan Liverpool sehingga 2016 dan adalah satu angan-angan kosong Ferguson untuk medapatkan Reina. Dan saya yakin bahawa Reina tidak akan berpindah dan tidak akan tertarik dengan tawaran Ferguson tersebut. Dengan spekulasi yang kita dengar ini sekaligus membuktikan pepe Reina adalah salah satu penjaga gol yang berkaliber dan berwibawa dan seharusnya kita percaya kepadanya.

Fakta mengenai Reina
1.Kini berumur 28 dilahirkan 31 August 1982
2.Sebelum menyertai Liverpool beliau bermain untuk Villarreal sebanyak 109 penampilan, dan menyeratai Liverpool pada tahun 2005 untuk mengantikan Jerzy Dudek yang merupakan watak besar dalam perlawanan final liga juara-juara pada tahun 2005.
3.Pernah mendapat anugerah Premier League’s Golden Glove pada tahun 2007 dimana pada ketika itu beliau tidak bolos selama 19 perlawanan untuk musim 06/07.

Sep 8, 2010

Video: Prestasi antarabangsa

Rehat minggu ini, memberi ruang pejuang reds berkhidmat untuk negara. Kuyt cedera ketika latihan, out untuk 4 minggu dan terlepas aksi di Old Kreport. Meireles sumbat sebijik, tapi semalam Potugal tewas 1-0. Gerrard the kapitan tak pernah mengecewakan. Johnson pon main baik. Torres sumbat 2 gol, friendly lawan argentina hanya Reina yg beraksi penuh, namun sangatlah hambar. LUCAS, sumbat sebijik untuk Brazil menang 3-0 keatas Barcelona ‘B’. Skrtel pon cemerlang main 90 minit menang 1-0 keatas Russia. Poulsen dan Agger pon senyum lebar, main 90 minit dan menang juga 1-0 keatas Iceland. Jovanovic pun 90 minit main utk Serbia. dan Carragher makan kacang nganyin di rumah tgk live game England lwn Switzerland.

Tevez hukum kesilapan reina. takpa reina, semua LFC fan masih dibelakang anda!! YNWA Reina

Continue reading »