You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " roy hodgson"
Dec 21, 2010

Inikah barisan terkuat kita?


Kita asyik duduk kutuk dari belakang je kalau skuad Roy Hodgson gagal menepati sasaran. Banyak kesilapan dibuat, kononnya pemain takder semangat, lemah tenaga, malas, taktik tak menjadi, pemain tak perform, lawan kuat sangat, dan macam-macam alasan diberi. Sekarang penulis nak bagi cadangan sedikit kat Roy Hodgson, biar senang kepala otak die, mudah-mudahan senang sikit dia pikir.


Formasi terbaik :
4-4-1-1

Glenn Johnson dinaikkan ke bahagian sayap.
Kelajuan dan kesukaan Glenn untuk cut inside satu kelebihan untuk mencari gol. Kaki kiri Glen pun kuat macam kaki kananye. Macam Gareth Bale versi belah kanan (walaupun bezanya macam jauh sangat)

Maxi bermain di belakang Torres
Maxi pemain yang lincah tapi konsistensinya macam yo-yo yang berbelit tali. Kejap perform kejap tak jadi. Satu benda Seizer perasan Maxi ni pernah bermain kat posisi attacking midfielder kat Atheltico Madrid dulu. Kalau tengok cara dia passing, nampak dia ader vision untuk mencari celah-celah antara kangkang defender lawan. Torres pun nampak cam happy main dengan Maxi, maklumlah warga senegara, eh silap.. bekas sepasukan..

Gunakan pemain sayap kiri terbaik
Liverpool merintih sejak dulu lagi, kerana kehilangan pemain berkaliber kat posisi ni. Tapi sekarang kita dah ade seorang yang boleh dikatakan boleh bermain di posisi ni. Milan Jovanovic mungkin bukanlah seorang winger kiri sejati (striker posisi asalnye), tapi tu jelah yang Liverpool ade. Pengalaman dan kelajuan Jova diperlukan. Simpan dulu Joe Cole tumpul tak habis-habis.

Gerrard kembali ke tengah, betul-betul tengah
Kita perlukan kapten kita, Gerrard mungkin dah makin slow, tapi long passnya masih berkuasa. Long shot Gerrad pun dah lame tak masuk dalam gol. Hadkan Gerrard dengan berada di tengah, dan tolong defend. Semasa menyerang dia akan menghantar bola ke atas dengan pilihan samaada Maxi ataupun Torres.

Meireles ganti Lucas
Meireles, pada pandangan Seizer lebih ok dimainkan di bahagian bawah sedikit. Hadkan Meireles untuk bertahan kerana dia lagi fizikal daripada Lucas. Meireles juga jenis pemain box to box, yang tak penat naik turun untuk tolong pasukan. Setelah lama diperhatikan, Meireles ni bukan seorang passer yang baik, selalu terlebih power. Dia lagi sesuai sebagai defensive midfielder, menyambungkan defend dengan bahagian serangan kerana first touchnya amat baik.

Aurelio sebelah kiri, Kelly sebelah kanan
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari

Agger dan Carragher , Benteng Keluli
Kelly tak pernah menghampakan kalau peluang terhidang untuknya bermain. Carragher walaupun dah lapuk, kesungguhan dan leadershipnya amat diperlukan di bahagian belakang. Daniel Agger ni memang pemain feveret, nampak relax je defend. Kelebihan paling nyara dia, kaki yang kuat nak mampus. Agger jugak bukan jenis yang suka membuat tuli clear bola, tapi apakan daya, kuat sangat dia injured.

Pilihan kedua :
Masih, 4-4-1-1

Kelly dan Carragher di tengah
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari.

Agger kiri, Johnson kanan.
Agger akan diberi lebih peluang naik ke atas sebagaimana kegemaran dia. Johnson pula akan menyerang dari belakang jika kurang risiko. Hasilnya dua bek sisi yang mantap!

Aurelio serang kiri, Kuyt ambil kanan
Aurelio pernah mengkagumkan dimainkan sebagai wide midfielder, paling jelas semasa mengalahkan Man Utd 4-1 kat Old Trafford. Cross dan tekniknya merupakan kelebihan.
Kuyt pulak akan menggunakan tenaga terlebihnya untuk turun tolong Johnson bertahan.

Trio di tengah
Gerrad, Lucas, dan Meireles bersatu kat tengah. Amacam.?

Prospek terbaik | Kalah Pacheco, Shelvey…
Torres | Jadi poacher, bukan holding striker
Legenda | Pengalaman mereka diperlukan
Roy | Tempatnya di bench, walaupun turun training


Ini hanya pendapat penulis, mesti korang ader pilihan tersendiri.

Seizer,
redsonthespot untuk My-Liverpoolfc



.

Dec 18, 2010

keputusan undian pusingan kalah mati piala Europa


Undian mengenai perlawanan pusiangan kalah mati bagi kempen kalah mati bagi Piala Europa. Dan dalam undian yang dijalankan tu menyaksikan dimana Liverpool ditetapkan akan turun menentang pasukan yang berasal Republik Czech, dan pasukan itu adalah adalah Sparta Prague.
Menurut sumber dari laman web rasmi Liverpoolfc.tv, mengatakan bahawa perlawanan ini dijangka akan berlangsung pada 17 Februari yang dilangsungkan di tempat lawan dan pada minggu hadapannya iaitu pada 24 Februari pula akan berlangsung di Anfield.

Berkenaan hal ini, pengurus Liverpool, Roy Hodgson telah memberikan sedikit ulasan mengenai keputusan undian tersebut.

Berikut adalah ulasan darinya…..

“ seperti yang kita tahu, Sparta Prague adalah sebuah pasukan yang baik dan bagus. Dan kami perlu berhati-hati untuk menjalani pusingan kalah mati ini dengan menunjukkan aksi yang terbaik semasa berlangsungnya perlawanan tersebut”

“ dalam pusingan ini juga, menyaksikan persaingan menjadi lebih sengit dan lebih berliku untuk ditempuhi, hal ini adalah kerana sebahagian besar pasukan yang bermain dalam peringkat ini adalah datang dari pasukan yang bermain di Liga Juara-juara”

“ bagi memastikan untuk Liverpool terus layak ke peringkat 16 terbaik, kami perlu lebih matang dan lebih bermain dengan prestasi yang terbaik”

Maklumat tambahan :

Pasukan ini juga dikenali atau diberi nama samaran sebagai Zelezna Sparta (Iron Sparta) and Rudi (The Reds). Dan ditubuhkan pada November 16, 1893.

Mengikut kedudukan semasa dalam liga domestik, pasukan ini kini berada di tangga ke dua Liga di belakang Viktoria Plze?.

Stadium pasukan ini adalah Generali Arena dan mempunyai kapasiti penonton sebanyak 18,873
Dalam peringkat kumpulan pasukan ini mendapat tempat kedua dibelakang juara kumpulan iaitu CSKA Moscow

Nama pengurus pasukan ini adalah Jozef Chovanec, dan beliau juga memegang peranan sebagai ketua pengusan @ Chairman bagi pasukan ini.

Anatara pemain kelas dunia yang pernah beraksi untuk pasukan ini adalah Petr ?ech samasa musim 2001–2002, Pavel Nedv?d (kini bermain di Juventus)

pada tahun 1992 pasukan ini berjaya separuh akhir Piala Eropah, dan adalah kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Republik Czech

Dec 15, 2010

Warkah Dari NESV

Selepas tewas tipis kat St James Park hari tu, Roy Hodgson turus dikecam peminat yang rata-rata tak dapat bersabar dengan situasi di Liverpool sekarang. Apa lagi? pemilik Liverpool, budak-budak NESV pun turut tumpang sekaki.

Kata-kata ‘warning’
Dalam rancangan yang disiarkan LFC TV, pemilik besar Liverpool, John W Henry dan pemilik bersama, Tom Werner mengeluar beberapa kata berunsur amaran.

Tom Werner mengulas :

“Kami (budak-budak NESV) baru sampai sini, Roy masuk dulu sebelum kami. Semua orang tak suka dengan persembahan minggu lepas, lagi-lagi Roy.”


John W Henry turut menyampuk :

“Tak dapat ku sangkal lagi, cara Liverpool bermain musim ni, dan dari tengah musim lepas, tak dapat diterima kalau Liverpool nak capai hajat di hati”


Percayalah
Tapi api yang disimbah menjadi bara, John Henry dan Tom Werner masih menaruh harapan kat kebolehan Roy. Mereka mahu penyokong turut bersabar.

John W Henry dipetik :

“Sabar dengan kitorang. Saya janji akan kerja kuat selagi boleh…. Ini bukan kerja singkat. Kadang-kadang jalan paling cepat membawa kepada jerumus bahaya…”

Rancangan “Black Ops”
Kedua-dua mereka menjelaskan komitmen jangka panjang mereka terhadap kelab ni. Mereka nak bina kelab macam Boston, tak gopoh tapi berkesan.
Berkenaan perkongsian stadium pulak, Henry mengatakan semuanya bergantung kepada penyokong.

Kata-kata motivasi terakhir dari Henry :

“Ini bukan peluang jangka pendek, tapi jangka paaaanjaaaannng. Kami nak Liverpool kembali kepada Liverpool 10, 20 tahun lalu”


Balas Roy
Roy membenarkan kata-kata pemilik majikan. Motifnya tak diketahui (bodek?).

“Saya tak takut pun. Pemilik dah bagitau mereka tu jenis long-term. Saya 100 percent suka dengan dorang. Excellent.”

.

Seizer

redsonthespot.blogspot.com

Dec 15, 2010

“Our owners percaya kepada Roy kenapa tidak kita “


—John Henry masih percaya kepada Roy—

Roy Hodgson mengakui kebenaran apa yang dikatakan oleh pemilik Liverpool yang mengatakan bahawa sememangnya sepanjang perlawanan untuk musim ini adalah tidak boleh diterima, tetapi kita semua perlu bersatu dan bersabar untuk mencapai kejayaan dalam temph jangka masa panjang.

Perkara ini dipetik daripada hasil komen pemilik Liverpool iaitu John Henry dan pengarah urusan ThomasWerner  daripada perbualan Telefon isnin malam yang lepas.

Menurut Hodgson lagi….

“jika melihat kepada keputusan enam perlawanan terakhir, sememangnya menunjukkan pasukan sedang dalam proses peningkatan dan dalam proses mencari kesefahaman antara dalam kalangan pemain”

“Jika dilihatkan kepada keputusan setakat 17 perlawanan ini, sememangnya dapat diterima oleh saya sebagai pengurus, tetapi jika dikaitkan dengan keputusan bersangkutan dengan Liverpool FC keputusannya adalah tidak boleh diterima pakai dan sebenarnya saya mengharapkan keputusan yang lebih baik daripada ini”

“Sememangnya prestasi kami semasa bermain di Liga Perdana agak tidak konsisten tetapi pada masa yang sama kami diselamatkan oleh keputusan yang baik semasa bermin di piala Europa”

—-adakah anda masih percaya kepada Roy?—

“Dengan baki perlawanan dalam Liga akan datang saya benar-benar berharap agar keputusan yang lebih baik dapat dicapai oleh Liverpool dan sememangnya untuk mencapai impian ini kerja keras oleh semua pihak adalah perlu, dan saya berharap agar Liverpool akan kembali bersaing dalam merebut kedudukan teratas dalam tangga Liga Perdana”

Pada pendapat saya (penulis), jika melihat dari apa yang diperkatakan oleh pemilik Liverpool iaitu John Henry serta pengarah urusan Thomas Werner, sememangnya mereka masih menaruh kepercayaan kepada pengurus kita iaitu Roy Hodgson dalam perjuangannya untuk mentakbir pemain dalam kancah Liga.

Oleh itu sebagai peminat yang sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk The Reds, kita juga sepatutnya percaya kepada kebolehan Roy Hodgson untuk mengubah pasukan. Disamping itu juga jika dilihatkan pada matlamat pengurusan, sebenarnya mensasarkan matlamat jangka panjang untuk memperkukuhkan squad. Bayangkanlah jika pengurus asyik bertukar-tukar bagaimana Kita (liverpool) hendak melaksanakan pelan jangka masa panjang untuk memajukan Kelab. Sebagai contohnya kita boleh lihat kepada pasukan di kendalikan oleh Alex Ferguson yang telah mentakbir Manchester United sejak November 1986 dan Arsène Wenger yang telah mentakbir Arsenal sejak September 1996.

Apa yang saya cuba diketengahkan ini, adalah untuk membentuk pasukan yang benar mantap dan kukuh adalah memerlukan masa dan sedikit pengorbanan. Saya paham ada dikalangan rakan yang lain tidak dapat menerima kekalahan demi kekalahan sejak dari kendalian Hodgson di Liverpool, saya juga kadang-kadang terasa marah, tetapi apakan daya apa yang boleh Kita semua lakukan adalah terus bersabar dan percaya apa yang dirancangkan oleh pengurusan Liverpool dan yang paling penting percaya kepada Roy Hodgson untuk sekurang kurangnya sehingga penghujung musim ini. Sekian

Dec 14, 2010

Menanti Kepulangan Yang Tersayang

Setia betul tiga sekawan ni. Main sama-sama, training sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama, dan injured pun sama-sama. Jadi kali ni kiter tengok bagaimana situasi dan keadaan tiga orang ni?

Mesti tengah kaw-kaw training untuk sembuh cepat.


Telan la ubat banyak mana pun, kalau luka tu luka jenis koyak, kene tidur dan rehat barulah cepat pulih.

Daniel Agger

Menung | Korang amat dinanti-nanti

Mungkin Agger akan kembali bulan ni, tapi tu pun masih tak confirm. Roy harap sangat Agger datang balik, lagi-lagi lepas Carragher yang rehat berbulan. Tambah lagi dengan Skrtel dan Kyrgiakos yang tak menyakinkan.

David Ngog

Gambar hiasan | Ngog hanya cedera ringan

Insiden Ngog jatuh terkankang dengan darah membuak-buak, antara aksi ngeri yang disaksikan musim ni (selain daripada aksi Roy meraba-raba mukanye).

Ngog berjahit di kepala, dan terkoyak sedikit mukenye, dan Roy akan rehatkan pemain ni untuk bertemu Utrecht nanti.


Steven Gerrard

Ditangguh saat comeback nya, Stevie akan dicaj penuh untuk bertemu Fulham minggu depan. Stevie G yang cedera paha semasa international match, kini sudah kembali training bersama skuad utama


Carra : "Bila pulak aku nak main ni!!"

Ngog rehat? Ni la peluang terbaik untuk try test gabungan Torres dan Babel pulak kat depan, tapi rasernya tak terdetik kat hati Roy. Dia mesti nak pemain muda keluar.

Perlawanan kat Utrecht memang sekadar mengisi masa lapang Liverpool, tapi ingat Roy Hoggson, banyak mata jahat memandang, memerhati gerakmu, menunggu saat engkau kecundang.

Torres perlukan lebih masa bermain untuk naikkan keyakinan, tapi lebih masa bermain, lebih pulak la probability untuk injured


Dec 13, 2010

Roy Hodgson Meradang!

Hodgson yang ditemuramah selepas perlawanan menentang Newcastle United semalam, meluahkan perasaan yang terpendam di hatinya. Roy rela berkongsi perasaan bersama-sama reporter yang menyoalnya.

Keberangan Roy jelas dapat disaksikan di sini, selepas tertangkap di kamera.


Selepas perlawanan, inilah antara isi-isi temuramah berikut.


Roy mengulas mengenai kehebatan first half (walaupun ketinggalan 1-0?).

Bagus | Roy bila ditanya mengenai first half

“Kami bermain okey pada first half-banyak pegang bola (dengan kaki), mempermainkan defend dorang, dan berada pada beberapa peluang & posisi berbahaya”

Ditanya tentang second half pulak, muka Roy terus berubah, asap dilihat keluar dan wajahnya jelas menakutkan

Gigit | Roy pernampakkan kekecewaan

“Saya punya harapan tinggi untuk second half, tapi nampaknya mengecewakan”

Roy juga bengang dengan bentenhnya yang rapuh. Wajahnya jelas menunjukkan paras darah tinggi yang .. tinggi.

Marah | Jelas terpapar

“Kami bagi peluang kat Newcastle merentap kembali match tu, dan bolos gol kedua. Gol yang maner-maner manager takkan suker. Bola tu sepatutnya dah dibuang, sebanyak tiga kali peluang untuk membuangnya, sebelum Barton sumbat gol kami. Kami bagi 2 gol yang tak sepatutnya diberi!”

Tapi selepas itu, Roy ditenangkan oleh orang lain. Keadaan nampaknya terkawal.

“Untuk team yang nak berada kat top-half dalam table, prestasi away kita memang tak cukup bagus”


Tenang | Roy selepas dipujuk





Sumber Asal
.

Dec 13, 2010

Liverpool Perlukan Pemain Baru

Dah tengok perlawanan sebelum ni?, susah untuk cari aper yang tak kena dengan team kesayangan kiter ni. Sumpahan kat perlawanan di gelanggang lawan masih tak terhapus.

Jangan nafikan lagi, Liverpool perlukan pemain baru, untuk penyelesaian jangka pendek, kalau masih berangan-angan untuk menggapai Top 4 musim ni.

Tahukah anda? Mari saya kongsi sejarah perlawanan away match musim ni.


Posisi seperti bek kiri dan bek tengah menjadi keutamaan. Tapi posisi lain juga nampak longgar, seperti striker dan winger. Nak tak nak, kena dapatkan pemain ternama untuk mengisi tempat ni, sebagai catalyst untuk memulihkan prestasi pemain Liverpool.

Dengan hadirnya pemilik Liverpool, Januari ni merupakan salah satu bukti komitmen mereka terhadap kelab ni.

Memang sukar untuk mendapatkan pemain baru di tengah-tengah musim ni. Antara pemain yang saya syorkan untuk krisis ni.


Bek Tengah :


Scott Dann (Birmingham) (£8j-v12j)

Mungkin sukar untuk dapatkan pemain ni. Dia tengah perform di Birmingham. Aper yang baiknya, dia dah terbukti di EPL. Seorang warga England, dan mungkin boleh menggantikan Carragher. Ianya mungkin sedikit mahal, tapi berbaloi untuk jangka penjang, kerana dia baru berusia 23 tahun.
Alex McLeish mungkin sukar nak melepaskannya kerana Birmingham, merupakan antara kelab dengan pertahanan terbaik setakat musim ni.

Mamadou Sakho (PSG) (£5j-£10j)

Bakal kapten Perancis (orang kater), bakal kehabisan kontrak musim depan. Sikap kepimpinannya akan membantu barisan pertahanan yang kehilangan Carragher. Tu pun kalau die tau bahase inggeris.


Bek kiri :


Coentrao (Benfica) (£20j-£25j)

Tak ramai bek kiri yang terkemuka di dunia sekarang. Coentrao antara pemain muda dan berbakat, baru berusia 22 tahun. Harganya amat mahal, tapi jika dibandingkan dengan situasi sekarang, Liverpool dah lame tak mempunyai bek kiri yang mantap. Pemain muda bahagian ni juga masih tak muncul di skuad utama. Jadi pelaburan untuk masa depan ni, amat berbaloi, dan juga berisiko.

Taye Taiwo (Marseille) (£9J-£13j)

Pilihan alternatif yang lebih murah. Pernah dikaikan ke Liverpool sebelum ni. Juga terkenal dengan sepakan kencang ala-ala Riise. Pertahannya sama mantap dengan kebolehan menyerang. Tapi belum pernah teruji di liga bertaraf lebih tinggi, hanya bermain di Liga Perancis selama ni.


Striker :

Llorente (Bilbao) (£16j-£20j)

Mungkin mahal tapi berbaloi. Tinggi dan kuat, antara ciri-ciri yang Torres, Ngog, & Babel takder. Juga berbangsa Sepanyol, mungkin Torres boleh menyusun taktik bersama Llorente di depan, tanpa difahami pertahanan lawan.

Cassano (Sampdoria) (free)

Pemain bermasalah, tapi peluang ni harus dicuri. Berbadan tegap, sesuai dengan gaya permainan Liverpool sekarang. Jika dia membuat masalah, masih ader peluang untuk offload pada hujung musim ni.

Luis Suarez (Ajax) (£12j-£16j)

Pemain yang terbukti kebolehan menjaringkan gol. Penjaring terbanyak Liga Belanda musim lepas. Muda dan berbakat, apa lagi? Liverpool perlukan seorang lagi penjaring, Ngog dan Torres tak cukup dalam bahagian ni.
Sumber lain gol Liverpool? Glen Johnson sahaja.


Carlton Cole (£3j-£5j)
Pilihan terakhir, jika dapat tawaran murah. Cole bermasalah dengan pengurus West Ham, dan mungkin senang dipujuk keluar.
Mempunyai ciri idaman Liverpool sekarang, seorang yang boleh hold bola di bahagian atas.

Winger :

Adam Johnson (£15j-£20j)

Mancini takkan lepaskan Johnson dengan murah. Johnson mengakui terliur peluang bermain untuk first team, dan Liverpool bersedia menawarkannya. Try la dapatkan Johnson, masih muda, dan seorang warga England. Ketangkasan, kelicikan si kaki kidal ni, diperlukan keranan Liverpool takder seorang winger sejati berkaki kiri (Jovanovic asalnya striker).

Ashley Young (£14j-£17j)

Roy mengakui minatnya kat pemain ni, tapi Houllier takkan melepaskan pemain terbaik Aston Villa. Pengalamannya di EPL, mampu memberi sesuatu yang baru di bahagian sayap Liverpool. Kuyi dan Maxi, langsung tak memberi ancaman yang sepatutnya diberi oleh seorang winger.

Charles Nzogbia (£5j-£10j)

Pemain muda Wigan ni, antara pemain yang perlu Liverpool dapatkan.
Dia bijak, kreatif, tenang dan pantas. Nzogbia sentiasa menghuru-harakan lawan yang cuba mengawalnya. Dia juga tak tamak, tapi pada masa yang sama tahu bila nak masa yang sesuai untuk mencari gol.
Pemain ni bermain di EPL dah bertahun-tahun.



Sumber Asal
.

Dec 13, 2010

“Badi bermain di tempat lawan”

Apabila melihat reaksi Roy Hodgson pada perlawanan menentang Newcastle ternyata dia tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa nya dengan apa yang berlaku pada Liverpool pada malam perlawanan itu.

Pada pendapa saya, mengikut tempoh dan kawalan segenap padang serta hantaran bola, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pada malam tersebut Liverpool bermain dengan baik dan apa yang menunjukkan kelemahan adalah pada bahagian pertahanan yang bermain dengan agak kelam kabut pada perlawanan itu.

Namun saya,agak percaya kini berkemungkinan Liverpool sedang berada dalam keadaan badi perlawanan di tempat lawan, dan hal ini mungkin ini boleh dikatakan sebagai satu cabaran yang baru untuk diatasi oleh Roy selaku pengurus pasukan, iaitu dia perlu melancarkan dan melakukan pelan tindakan untuk mengatasi badi kekalahan semasa bermain di tempat lawan.

Hal ini boleh dibuktikan dengan kemenangan yang terakhir Liverpool menang di tempat lawan adalah semasa menentang Bolton di Reebok Stadium dengan jaringan 1-0 yang telah dijaringan oleh Maxi pada minit akhir perlawanan. Sebelum itu fakta menunjukkan bahawa Liverpool tidak pernah menang di tempat lawan sejak Ogos tahun 2009. Dengan fakta ini jelas menunjukkan Liverpool dan seluruh ahli dan pemain perlu melakukan sesuatu untuk menghentikan perkara ini daripada lebih berleluasa dan terus menjadi Duri dalam daging kepada pasukan yang kita cintai ini.

Disini juga, saya juga ingin menyatakan pendapat saya dan memberikan sedikit kata-kata, yang mungkin akan meyinggung perasaaan sabahat penyokong Liverpool yang lain.

“ Jangan lah asyik menyalahkan pengurus sahaja bila pasukan kalah dalam perlawanan, kerana jika pasukan kalah dalam sesuatu perlawanan bukan sepenuhnya disebabkan oleh tindakan pengurus. Banyak lagi aspek boleh dilihatkan, contohnya yang bolah saya katakan ialah: kesilapan pemain sendiri, kecuaian, nasib tidak menyebelahi pasukan, pasukan lawan bermain dengan sangat baik dan lain-lain faktor yang boleh dipertimbangkan”

—kecewa dengan aksi Liverpool—

Diharapkan pendapat ini dapat diterima dan jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, boleh kita berbincang dan merenung kembali apakah yang menyebabkan pasukan kita ini (LIVERPOOL) sukar untuk menang semasa bermain di tempat lawan.

Sekian dari saya Darion Daron.

You’ll Never Walk Alone

Dec 10, 2010

Terkini mengenai Gerrard, Torres dan Agger

—sudah lama kita tidak menyaksikan Agger beraksi—

Roy Hodgson telah mengesahkan bahawa Liverpool akan turun tanpa Steven Gerrard untuk perlawanan pada hari Sabtu ini dalam kempen Barclays Premier League yang meyaksikan Reds akan menentang Newcastle United, dan Hongson juga berkata bahawa Fernando Torres dijangaka akan kembali beraksi pada perlawanan itu.

Tambah Roy lagi….

“Gerrard telah membuat kemajuan dalam pemulihan yang baik, tetapi Hodgson berkata perlawanan di St James ‘Park telah terlalu cepat bagi kapten Liverpool itu”

“Dia dijangka akan turun dalam perlawanan menentang fulham pada minggu berikutnya “

“Manakala mengenai Torres, dia tidak dapat beraksi semasa perlawanan menentang villa kerana, terpaksa menemani isterinya yang sedang dalam proses melahirkan anak mereka, kami sangat memahami keadaaan dan situasinya dan disebabkan itu kami tidak meyenaraikan dia untuk bermain pada perlawanan tersebut”

“Mengenai Daniel Agger pula, dia dijangka akan kembali cergas untuk bermain pada perlawanan menentang Fulham”

“Tetapi hal ini,adalah bergantung kepada perkembangan semasa agger dan menurut squad perubatan kelab, kemungkinan dia akan boleh bermain pada perlawanan menentang Fulham di Anfield dua minggu dari sekarang”

Nov 21, 2010

roy makin selesa?

Nampaknya ada fan di kalangan kita yang dah puas dengan taktik menyerang di Anfield. Namun bagi saya belum cukup berpuas hati selagi prestasi di gelanggang lawan masih belum menambat hati. Jelas sekali mentaliti kelab pertengahan yang berpuas hati menang di tempat sendiri, dan bertahan di tempat lawan. Kita tunggu perlawanan seterusnya di White Heart Lane. Menang je, baru hati ini puas untuk kekal bersama Roy sebagai Gaffer untuk menjulang kembali nama Liverpool.

Pages:12345»