You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " skrtel"
Dec 22, 2010

Jawapan Masalah Defend

Dengan tonggak Jamie Carragher dilanda kecederaan dan terpaksa kena pembedahan atau surgery dalam bahasa omputehnya. Liverpool hanya tinggal 2 pemain veteran yang terselamat daipada injury, iaitu si Spartan Sotirious Kyrgiakos, dan samseng Martin Skrtel. Tapi cukupke 2 orang ni sebagai bek tengah utama? Jom kita tengok alternatif lain untuk pertahanan Liverpool.

Tunggu Daniel Agger Pulih

Daniel Agger mengalami siri-siri kecederaan freak musim ni, dari concussion hinggalah paha yang tak betul. Dijadual kembali Disember, tapi kelibat Agger tak jugak keluar. Dengan Agger yang sudah lama terdampar, susah untuk Roy meletakkan Agger kembali ke starting eleven. Ader jugak gosip mengatakan Agger akan dijual, tapi Agger dah menyatakan kesetiaan kat skuad kita.
?Lagi compose daripada Skrtel, lagi laju daripada Kyrgiakos
?Pandai cari peluang score gol, ball playing defender
?Lame tak main, berisiko untuk injured

Martin Kelly ke Tengah

Jangan buat-buat tak ingat, Kelly dasarnya seorang bek tengah. Ramai tak mahu meletak risiko kerana mudanya Kelly, tapi bila lagi masa yang sesuai? Kelly memang matang di padang, dan menunjukkan dia dah bersedia untuk cabaran sebenarnya. Menggandingkan Kelly dengan mane-mane veteran lagi berbaloi untuk jangka masa panjang, tapi berisiko.. cukup berisiko.. kerana Liverpool masih jauh dari sasaran dalam liga
?Kegigihan dan kesungguhan macam Carra (jiwa Liverpool)
?Fizikal sesuai dengan EPL
?Tak sepantas Johnson, tapi positioningnya boleh membantu membaca permainan
?Tak terbukti di tengah dalam EPL, tapi bila lagi?

Panggil Balik Daniel Ayala

Dipinjamkan ke Hull City, dan menjadi pemain kegemaran peminat di sana yang memandang tinggi Ayala. Pada mulanya hanya selama 3 bulan, tapi dilanjutkan ke Januari ni, dan Hull mahu melanjutkan lagi sehingga tamat musim ni. Liverpool perlu menyimpan pemain ni, lagi-lagi dengan kekurangan defender veteran, Ayala boleh diberi peluang. Sekarang, terkeluar kerana kecederaan hamstring
?Baik di udara, menunjukkan kematangannya di Hull, sentiasa menjadi MOTM di Hull
?Kelajuannya biasa tapi taklah perlahan dan boleh diperbaiki dengan pengalamnannya untuk positioning dan membaca permainan
?Aggresif, katHull dah memungut 6 kad kuning dari 12 match, tapi mungkin sebab corak Hull yang meninggalkan barisan pertahanan terdedah

Danny Wilson Belum Cukup Umur

Pemain muda ni mungkin belum cukup sedia untuk dimainkan di EPL. Tapi dia termasuk antara pilihan yang tinggal jika Kyrgiakos tercedera.. amat membahayakan Liverpool
?Kelajuannya lagi pantas daripada Carra, Soto dan Skrtel.
?Kawalan bolanya lagi baik dan tak kalut
?Fizikal kurang
?Kebolehan di udara macam Skrtel je

Seizer,
redsonthespot untuk My-LFC

.

Dec 13, 2010

Roy Hodgson Meradang!

Hodgson yang ditemuramah selepas perlawanan menentang Newcastle United semalam, meluahkan perasaan yang terpendam di hatinya. Roy rela berkongsi perasaan bersama-sama reporter yang menyoalnya.

Keberangan Roy jelas dapat disaksikan di sini, selepas tertangkap di kamera.


Selepas perlawanan, inilah antara isi-isi temuramah berikut.


Roy mengulas mengenai kehebatan first half (walaupun ketinggalan 1-0?).

Bagus | Roy bila ditanya mengenai first half

“Kami bermain okey pada first half-banyak pegang bola (dengan kaki), mempermainkan defend dorang, dan berada pada beberapa peluang & posisi berbahaya”

Ditanya tentang second half pulak, muka Roy terus berubah, asap dilihat keluar dan wajahnya jelas menakutkan

Gigit | Roy pernampakkan kekecewaan

“Saya punya harapan tinggi untuk second half, tapi nampaknya mengecewakan”

Roy juga bengang dengan bentenhnya yang rapuh. Wajahnya jelas menunjukkan paras darah tinggi yang .. tinggi.

Marah | Jelas terpapar

“Kami bagi peluang kat Newcastle merentap kembali match tu, dan bolos gol kedua. Gol yang maner-maner manager takkan suker. Bola tu sepatutnya dah dibuang, sebanyak tiga kali peluang untuk membuangnya, sebelum Barton sumbat gol kami. Kami bagi 2 gol yang tak sepatutnya diberi!”

Tapi selepas itu, Roy ditenangkan oleh orang lain. Keadaan nampaknya terkawal.

“Untuk team yang nak berada kat top-half dalam table, prestasi away kita memang tak cukup bagus”


Tenang | Roy selepas dipujuk





Sumber Asal
.

Nov 30, 2010

Skrtel : ” saya tidak gembira “

Martin Skrtel menegaskan bahawa dia agak kecewa dengan apa yang dilakukan olehnya pada perlawanan menentang Spurs, walaupun dia menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, tetapi dia juga yang melakukan kesilapan di mana menjaringkan gol sendiri pada perlawanan itu.

Tambah Skrtel lagi….

“sememangnya bagus apabila menjaringkan gol setelah sekian lama tetapi keutamaan adalah pasukan menang dan kami tidak melakukan itu, jadi saya tidak gembira”

—pujian patut diberikan kepadanya –

“Saya gembira apabila menjaringkan gol sejak sekian lama, dan kali terakhir saya menjaringkan gol adalah semasa menentang Manchester City pada 12 bulan yang lepas.”

“Namun saya tetap positif, bahawa kekalahan ini, menunjukkan kami sedang dalam peningkatan, dan pada perlawanan tersebut kami bermain dengan baik dan banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi kami tidak berjaya menyudahkan perluang tersebut”

Oct 28, 2010

Skrtel: Pertahankan Mental


BOBDARON.BLOGSPOT.COM- pemain pertahanan tengah Liverpool Martin Skrtel meminta rakan-rakannya dalam pasukan terus menjaga mental kemenangan seperti semasa mengalahkan Blackburn Rovers sehingga akhir musim kali ini.

Musim ini The Reds mengalami penampilan terburuk sepanjang sejarah. Kini Liverpool berada pada tangga 18 dalam Liga Perdana dengan hanya menang dua perlawanan dari Sembilan perlawanan. Bagi meneruskan budaya menang Skrtel meminta rakan-rakannya terus menjaga mental kemenangan tersebut hingga akhir musim, dimulai pada ketika Liverpool bertemu Bolton Wanderers hujung minggu ini menurut sumber Goal.com.

Sebelum ini dikatakan bahawa kita(Liverpool) tidak dapat beraksi pada tahap terbaik disebabkan isu pemilikan dalam Pasukan. Setelah kedatangan NESV ke Liverpool maka tiada lagi masalah tersebut.

Tambah Skrtel lagi…..

“Kami harus terus menjaga mental kemenangan tersebut dan terus bekerja keras semasa perlawanan. Kami harus menunjukkan kualiti permainan dan seterusnya kembali bangkit untuk mengejar kedudukan dalam tangga Liga.

Sep 8, 2010

Video: Prestasi antarabangsa

Rehat minggu ini, memberi ruang pejuang reds berkhidmat untuk negara. Kuyt cedera ketika latihan, out untuk 4 minggu dan terlepas aksi di Old Kreport. Meireles sumbat sebijik, tapi semalam Potugal tewas 1-0. Gerrard the kapitan tak pernah mengecewakan. Johnson pon main baik. Torres sumbat 2 gol, friendly lawan argentina hanya Reina yg beraksi penuh, namun sangatlah hambar. LUCAS, sumbat sebijik untuk Brazil menang 3-0 keatas Barcelona ‘B’. Skrtel pon cemerlang main 90 minit menang 1-0 keatas Russia. Poulsen dan Agger pon senyum lebar, main 90 minit dan menang juga 1-0 keatas Iceland. Jovanovic pun 90 minit main utk Serbia. dan Carragher makan kacang nganyin di rumah tgk live game England lwn Switzerland.

Tevez hukum kesilapan reina. takpa reina, semua LFC fan masih dibelakang anda!! YNWA Reina

Continue reading »