You need to set up the menu from Wordpress admin.
Browsing articles tagged with " Steven Gerrard"
Jan 13, 2012

Gerrard untuk LFC selamanya

Kapten merangkap bintang legenda kita, Steven Gerrard, telah menandatangi lanjutan kontrak jangka panjang, dalam tempoh 24 jam selepas membantu kemenangan kita di Stadium Etihad awal pagi Khamis lepas.

Ini adalah kelab yang saya sayangi dan sokong ketika saya masih muda. Saya mendokongi impian untuk menjadi ketua pasukan kepada salah sebuah kelab yang terbesar di dunia. Saya amat teruja untuk hadir setiap hari dan juga pengalaman yang saya perolehi semenjak saya berusia 8 tahun lagi, iaitu kali pertama saya ditandatangani bersama kelab ini, yang tidak akan saya ubah selamanya, saya ingin melanjutkannya dan berharap dapat memperoleh kejayaan melalui jersi merah (Liverpool) ini, adalah sesuatu yang saya ingin selalu capai

Lanjutan kontrak ini juga membawa kepada tugasan duta Liverpool FC selepas beliau menggantung but kelak. Ini turut bermakna kita akan memperoleh khidmat Gerrard selamanya. Terima kasih, captain fantastic

30 FAKTA MENARIK STEVIE G YANG HARUS KITA TAHU
1. Lahir di Whiston pada 30 Mei 1980 atas nama Steven George Gerrard. Memulakan karier bersama Whiston Juniors dan bakatnya dikesan oleh Liverpool pada usia 8 tahun.
2. Menyertai Liverpool pada 1988 dan menandatangi kontrak profesional pertamanya pada 1997 ketika berusia 17 tahun.

3. Debut bersama LFC sebagai pemain gantian pada 29 November 1998 ketika perlawanan menentang Blackburn menggantikan Veggard Heggem yang cedera ketika perlawanan.
4. Aksi Eropah pertama ketika menentang Celta Vigo dalam Piala UEFA menggantikan Jamie Redknapp.
5. Menjaringkan gol pertama di peringkat senior pada 5 Disember 1999 ketika kemenangan 4-1 ke atas Sheffield Wednesday
6. Dinamakan Pemain Muda Tahunan PFA pada April 2001
7. Menggalas tugas sebagai kapten pasukan dari Sami Hyppia pada 15 Oktober 2003 selepas menandatangani lanjutan kontrak 4 tahun.
8. Ketika dinamakan ketua pasukan Liverpool, beliau menyatakan “saya pernah melihat John Barnes dengan armband captain dan berharap suatu hari nanti akan menggalas tugas demikian untuk pasukan yang saya sayangi”
9. 8 Disember 2004, Gerrard menjaringkan gol penting buat Liverpool yang didahului untuk menumpaskan Olympiakos dan seterusnya layak dari peringkat kumpulan Champion League. Gerrard kemudiannya memberitahu majalah The Times pada tahun 2009 bahawa jaringan tersebut adalah jaringan terpenting baginya, walaupun bukan yang terbaik.
10. Pada 2005, beliau menduduki tangga ketiga undian untuk Ballon d’Or, pengiktirafan tertinggi untuk pemain bolasepak di benua Eropah
11. Dinamakan Pemain Terbaik perlawanan pada perlawanan akhir Champion League 2005 dan seterusnya dianugerah Pemain Terbaik Kelab UEFA pada tahun yang sama.
12. Pada April 2006, beliau menjadi pemain pertama selepas John Barnes pada 1988 yang dicalonkan sebagai Pemain Tahunan PFA.
13. Apabila beliau menjaringkan 2 gol ketika final Piala FA menentang West Ham menjadikan beliau satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam 4 perlawanan akhir (FA Cup, League Cup, UEFA Cup dan Champions League)
14. Menjaringkan gol pada penampilan ke 400 beliau bersama Liverpool pada 28 Oktober 2007 ketika menentang Arsenal.
15. Membuat penampilan ke-100 untuk Liverpool dalam pertandingan Eropah ketika menentang Real Madrid pada 10 Mac 2009 dan menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.
16. 3 hari selepas perlawanan tersebut, Zinedine Zidane telah mengiktiraf sebagai ‘Pemain Terbaik Dunia’. Menurut beliau “Adakah beliau yang terbaik di dunia? Mungkin tidak mendapat perhatian seperti Messi atau Ronaldo, bagi saya dia adalah yang terbaik”
17. Menjaringkan hattrick pertama beliau di dalam Liga Perdana pada 22 Mac 2009 apabila membantu membenam Aston Villa 5-0.
18. Pada 2010, The Guardian menamakan Gerrard di dalam skuad World XI, skuad yang mengumpulkan pemain terbaik dunia.
19. Gerrard menduduki tangga kedua di belakang Kenny Dalglish di dalam undian 100 Players Who Shook the Kop
20. Debut bersama England pada 31 Mei 2000 ketika menentang Ukraine
21. Jaringan antarabangsa pertamanya adalah ketika kemenangan 5-1 England menentang Jerman pada September 2001
22. Penjaring terbanyak England untuk kempen Piala Dunia 2006 dengan 2 jaringan, ketika menentang Sweden dan Trinidad & Tobago.
23. Pada kempen Piala Dunia 2010, Gerrard merupakan satu-satunya pemain paling berpengalaman dengan 80 penampilan buat England
24. Beliau telah dicalonkan sebanyak 6 kali untuk Anugerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA sepanjang kariernya
25. Membuat 564 penampilan buat Liverpool, yang kesepuluh tertinggi di dalam sejarah. Alan Hansen 620 penampilan manakala King Kenny 515 penampilan.
26. Dan menyumbang 144 gol menjadikan beliau ke-9 tertinggi buat Liverpool, hanya kurang 7 daripada Harry Chambers
27. Beliau dinamakan Pemain Terbaik Football Writers Association pada 13 Mei 2009, menjadikannya pemain Liverpool pertama memenangi anugerah ini dalam tempoh 19 tahun.
28. Beliau menjaringkan satu-satunya gol ketika seri menentang Olympique Marseille pada Champions League, namun menjadikan beliau satu-satunya pemain selepas John Aldridge pada 1989 yang menjaringkan gol dalam 7 perlawanan berturut-turut
29. Beliau telah dipilih oleh Councillors of Knowsley sebagai Freeman of the Borough pada 13 Disember 2007. 2 minggu berikutnya, beliau telah dipilih sebagai Member of the Order of the British Empire oleh The Queen in The Queen’s New Year Honours List untuk pengiktirafan di dalam sukan.
30. Menerima pengiktirafan oleh Universiti John Moores Liverpool pada 26 Julai 2008, juga atas pengiktirafan untuk sumbangan di dalam bidang sukan.

Oct 12, 2011

Menjelang ‘Clash Of The Reds’: Steven Gerrard ‘mungkin’ kembali di kesebelasan utama

Steven Gerrard dijangka akan membuat penampilan kesebelasan pertama beliau musim ini, pada perlawanan ‘Clash Of The Reds’ di Anfield 15 Oktober ini. Menariknya, penampilan kesebelasan terakhir bagi beliau adalah pada 6 Mac lalu, juga di Anfield, dan juga menentang Manchester United. Selepas itu, beliau terpaksa direhatkan dan menjalani pembedahan ekoran kecederaan pangkal paha – yang kini selama 7 bulan.

Sehingga kini, Steven Gerrard telah membuat 3 penampilan sebagai pemain gantian, dan selepas rehat selama 2 minggu beliau dikhabarkan bersedia untuk kembali ke kesebelasan utama, beraksi buat King Kenny dan kubu Anfield kita. Sudah pastilah ini memberikan ‘boost’ dan semangat bukan sahaja buat pemain lain, malah buat penyokong Liverpool di seluruh dunia.

Namun begitu, sama ada Steven Gerrard akan memulakan di kesebelasan utama atau tidak, masih belum diputuskan lagi. Yang pasti, kehadiran “Captain Fantastic’ pasti akan membuatkan Sir Alex Ferguson tidak senang duduk. YNWA

Sep 21, 2011

Preview Carling Cup: Brighton lwn Liverpool

Info Siaran:
22 September 2011
2.45 pagi
Astro 816

Awal pagi nanti kita akan berkunjung ke Stadium Falmer bagi menghadapi The Seagulls, pasukan yang menjuarai Liga Satu musim lalu. Diharapkan kita akan memenangi perlawanan ini bagi mengembalikan moral pasukan yang menjunam ekoran tewas 2 perlawanan terturut-turut di dalam perlawanan liga.

Dengar-dengarnya, King Kenny akan menyenaraikan Steven Gerrard di dalam perlawanan ini. Tidak pasti sebagai kesebelasan ataupun simpanan namun yang pasti ia bakal menyaksikan aksi pertama kapten kita dalam musim ini semenjak 6 Mac 2011 lalu. Ini mungkin menjadi testimoni yang baik buat kapten kita dalam menilai semula prestasi dan aksi beliau setelah tidak beraksi selama 6 bulan. Tiada Charlie Adam, Martin Skrtel dan Daniel Agger di dalam perlawanan ini bermakna beberapa rombakan akan dilakukan.

Sesiapapun yang diturunkan, harapnya dapat memberi kita senyuman awal pagi nanti. All the best King’s Army. YNWA

Kesebelasan jangkaan: Reina, Flanagan, Coates, Carragher, Jack Robinson, Spearing, Gerrard, Bellamy, Rodriguez, Kuyt, Carroll

Sep 5, 2011

Stevie teruja Bellamy kembali

Walaupun sebagai back-up kuat untuk kempen musim ini, Gerrard anggap kehadiran Craig satu impak besar untuk Reds kembali mengancam perebutan takhta liga. Sporting Director, Damien Comolli berjaya menandatangani bekas pemain Cardiff, City,  dan WestHam ini secara percuma berikutan kontraknya di City ditamatkan. pemain berusia 31 tahun ini bersama Gerrard dlm skuad terdahulu, merasakan dia bakal memenangi hati peminat Kop semula dengan larian pantas dan teknik penyudah yg mantap.

Dalam kenyataan Bellamy sebaik melengkap perpindahan ke Anfield, dia tidak boleh menolak tawaran ini jika Hero lamanya, King Kenny yg buat tawaran. ini satu penghormatan buat dirinya dan dia bersedia membuat impak di dalam skuad walau sebagai pemain gantian. Kami difahamkan, Bellamy belum dalam keadaan fizikal terbaik, dan akan sekadar menonton perlawanan Reds di Stoke. Jurulatih fitness mengesahkan, dia bekerja keras di Gym bagi mempercepat pemulihan fitnessnya untuk beraksi.

untuk rekod, Bellamy pernah jaringkan gol menentang Barcelona di Nou Camp yg dibarisi pemain ternama spt, Messi-Xavi-Iniesta dan Ronaldinho. dan tragedi kayu golf bersama Arne Riise pasti sukar dilupakan peminat Reds. Craig membuat 27 penampilan, dan 7 gol  diledak sepanjang karier bersama pengurus Rafa Benitez. difahamkan, penjualan ke WestHam 2007 adalah kemahuan beruk Owner amarika ketika itu yg mahu ‘refund’ pembelian Torres.

Aug 11, 2011

Suarez 7 pecah dominasi top-10 !!

Baru setengah tahun bergelar The reds warrior oops jugak!. Bintang kelahiran Uruguay ini telah memecah dominasi 10 pemain popular EPL atau lebih tepat ‘Best Selling Shirt’ lapor sebuah portal football boots. Dalglish tak perlu tunggu lama, bagi menggantikan populariti nombor 9 yg lama walau para gadis perlu terima hakikat Suarez 7 tak sejambu FT9. jangkaan Suarez 7 bakal memanjat ranking ini dari semasa ke semasa.  Berikut adalah top 10 pemain kesayangan peminat EPL seantero dunia berdasarkan jualan jersi masing-masing.

10 – Ryan Giggs

all time lejen rejim Alex bakal terkeluar top-10 bila bila masa saja..

9 – Andrey Arshavin

Baby-face-look akan sentiasa di top10. tapi arshavin quite awesome utk season pertama saja setakat nih..

8 – Luis Suarez

The-only-number-seven. LS satu satunya pemain jersi 7 yang bukan sebarangan orang boleh menyarungnya! di dalam list top10 ini

7 – Didier Drogba

Muka-bukan-penghalang. terbukti top10 bukan pengaruh baby-face-look. tapi bakat luar biasa dari Afrika

6 – Frank Lampard

kuda tua seangkatan Steven Gerrard bakal kekal di dalam top 10 sehingga hari persaraan

5 – Van Persie

walau kaki serapuh mana pun, tetap di hati peminat gooners. kata mereka in wenger we trust. slogan sama diguna pakai era Rafa bersama Liverpool dulu.

4 – Chicharito

anak belaan rejim alex terbaru nyata mencair kan peminat negeri jiran itu, setelah musim pertama yg dahsyat. pembelian bernilai rejim alex selepas gagal untuk angka 30juta bagi pemain no.9 nya yg bertahan hingga kini. tahniah!

3 – Steven Gerrard

Bukan asing lagi buat Gerrard dalam list ini. selalunya dia berada di belakang Torres untuk setiap musim. kecederaan kuda tua ini serta ditutupi bintang EPL lain yg buat dia merudum satu anak tangga.

2 – Fernando Torres

mana dia? maaf sukar untuk disiarkan imej pemain no9 Chelsea ini. dia telah dikambus oleh semua player Chelsea untuk satu-satunya gol untuk harga 50juta hasil ketamakkan , kerakusan, dan penghinaan kpd fans liverpool. bak kata datuk kenny “No one bigger than the club”.

1 –  Wayne Rooney

maaf, sekali lagi sukar di imejkan pemain ini. dan untuk menjadi lejen kelab syaiton ini, anda hanya perlu pakai jersi pemain ini di kandang lawan. klik artikel dari Ijam ini. dinasihatkan jangan pakai di London sewaktu Riot semakin memuncak sekarang.

Listing ini di analisis oleh portal football shirt culture bagi hujung musim lepas. dan bagi permulaan musim lepas, nama2 yang terkeluar dari top-10 ini adalah seperti; Jamie Carragher, Cesc Fabregas, Carlos Tevez dan Micheal Owen

Jan 10, 2011

Rating Pemain : Man U VS Liverpool

-(Rating, Gol, Statistik, Highlight Penuh, Analisa, Kandid)-

Skuad Liverpool :

Starter : Reina, Aurelio, Skrtel, Agger, Kelly, Lucas, Gerrard, Meireles, Maxi, Kuyt, Torres
Subs : Gulasci, Wilson, Poulsen, Shelvey, Kyrgiakos, Babel, Ngog
Used Subs : Babel (Maxi,60), Shelvey (Meireles,60), Ngog (Torres,75)

Skuad Manchester United :
Starter : Kuszczak, Ferdinand, Evans, Evra, Rafael, Fletcher, Carrick, Nani, Giggs, Berbatov, Hernandez
Subs : Lindergaard, Fabio, Smalling, Anderson, Owen, Obertan, Gibson
Used Subs : Anderson (Fletcher,62), Smalling (Hernandez,75), Owen (Evans,84)

Higlight Tengok Sini



Aper pulak rating korang? Saper MOTM dan Flop?

Respek | Living Legend
Kompem Penalti | Agger sepak bontot
Kontroversi | Tapi aku x kesah
Tak jumpe | Torres hilang magik
MOTM | Pepe Reina

.

Match Review : Liverpool 2-1 Bolton

Outstanding daripada gerrard dengan dua hantaran gol yang membantu menyelamatkan Liverpool daripada tewas kepada Bolton. Dengan kemenangan ini sekaligus menyelamatkan jawatan panas di squad Liverpool iaitu dengan kemenangan ini membuatkan roy kembali tersenyum.

Namun jika dilihatkan kepada persembahan yang dipertunjukkan dalam perlawanan ini, dapat saya membuat kesimpulan ringkas bahawa posisi pertahanan kiri adalah lebih layak diisi oleh Aurelio berbanding dengan , manakala agger sememangnya sepadan diletakkan di pertahanan tengah dan bergandingan dengan sktel.

Dalam perlawanan ini juga menunjukkan bangaimana kembalinya torres dan menjaringkan gol penyamaan dan pujian turut diberikan kepada cole yang menjaringkan gol kemenangan kepada Liverpool. Secara ikhlasnya gol kedua tadi pada pendapat saya cole berada dalam posisi Outside, tetapi tidak kisah lah, yang penting kita menang di Anfield pada malam ini.

Walaupun menang pada perlawanan ini, saya secara terus terang masih ragu-ragu dengan kewibawaan Roy Hodgson. Bukan bermaksud saya amat membenci sangat kepada beliau, tetapi kebolehannya untuk Liverpool masih tidak sesuai dan banyak lagi kelemahan yang terdedah semasa kendalian beliau. Walau apa pun tunggu dan lihat bagaimana keputusan pihak pengurusan Liverpool bagaimana untuk menentukan masa depan roy di Liverpool. Serta semoga Mireles cepat sembuh dari kecederaan kerana nampak pada minit ke 21 dia terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.

Akhir sekali, terima kasih kepada pemain yang dapat kita lihat bermain dengan sepenuh hati dalam perlawanan ini, walk on reds…….

Man of the Match: Steven Gerrard

Dec 21, 2010

Inikah barisan terkuat kita?


Kita asyik duduk kutuk dari belakang je kalau skuad Roy Hodgson gagal menepati sasaran. Banyak kesilapan dibuat, kononnya pemain takder semangat, lemah tenaga, malas, taktik tak menjadi, pemain tak perform, lawan kuat sangat, dan macam-macam alasan diberi. Sekarang penulis nak bagi cadangan sedikit kat Roy Hodgson, biar senang kepala otak die, mudah-mudahan senang sikit dia pikir.


Formasi terbaik :
4-4-1-1

Glenn Johnson dinaikkan ke bahagian sayap.
Kelajuan dan kesukaan Glenn untuk cut inside satu kelebihan untuk mencari gol. Kaki kiri Glen pun kuat macam kaki kananye. Macam Gareth Bale versi belah kanan (walaupun bezanya macam jauh sangat)

Maxi bermain di belakang Torres
Maxi pemain yang lincah tapi konsistensinya macam yo-yo yang berbelit tali. Kejap perform kejap tak jadi. Satu benda Seizer perasan Maxi ni pernah bermain kat posisi attacking midfielder kat Atheltico Madrid dulu. Kalau tengok cara dia passing, nampak dia ader vision untuk mencari celah-celah antara kangkang defender lawan. Torres pun nampak cam happy main dengan Maxi, maklumlah warga senegara, eh silap.. bekas sepasukan..

Gunakan pemain sayap kiri terbaik
Liverpool merintih sejak dulu lagi, kerana kehilangan pemain berkaliber kat posisi ni. Tapi sekarang kita dah ade seorang yang boleh dikatakan boleh bermain di posisi ni. Milan Jovanovic mungkin bukanlah seorang winger kiri sejati (striker posisi asalnye), tapi tu jelah yang Liverpool ade. Pengalaman dan kelajuan Jova diperlukan. Simpan dulu Joe Cole tumpul tak habis-habis.

Gerrard kembali ke tengah, betul-betul tengah
Kita perlukan kapten kita, Gerrard mungkin dah makin slow, tapi long passnya masih berkuasa. Long shot Gerrad pun dah lame tak masuk dalam gol. Hadkan Gerrard dengan berada di tengah, dan tolong defend. Semasa menyerang dia akan menghantar bola ke atas dengan pilihan samaada Maxi ataupun Torres.

Meireles ganti Lucas
Meireles, pada pandangan Seizer lebih ok dimainkan di bahagian bawah sedikit. Hadkan Meireles untuk bertahan kerana dia lagi fizikal daripada Lucas. Meireles juga jenis pemain box to box, yang tak penat naik turun untuk tolong pasukan. Setelah lama diperhatikan, Meireles ni bukan seorang passer yang baik, selalu terlebih power. Dia lagi sesuai sebagai defensive midfielder, menyambungkan defend dengan bahagian serangan kerana first touchnya amat baik.

Aurelio sebelah kiri, Kelly sebelah kanan
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari

Agger dan Carragher , Benteng Keluli
Kelly tak pernah menghampakan kalau peluang terhidang untuknya bermain. Carragher walaupun dah lapuk, kesungguhan dan leadershipnya amat diperlukan di bahagian belakang. Daniel Agger ni memang pemain feveret, nampak relax je defend. Kelebihan paling nyara dia, kaki yang kuat nak mampus. Agger jugak bukan jenis yang suka membuat tuli clear bola, tapi apakan daya, kuat sangat dia injured.

Pilihan kedua :
Masih, 4-4-1-1

Kelly dan Carragher di tengah
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari.

Agger kiri, Johnson kanan.
Agger akan diberi lebih peluang naik ke atas sebagaimana kegemaran dia. Johnson pula akan menyerang dari belakang jika kurang risiko. Hasilnya dua bek sisi yang mantap!

Aurelio serang kiri, Kuyt ambil kanan
Aurelio pernah mengkagumkan dimainkan sebagai wide midfielder, paling jelas semasa mengalahkan Man Utd 4-1 kat Old Trafford. Cross dan tekniknya merupakan kelebihan.
Kuyt pulak akan menggunakan tenaga terlebihnya untuk turun tolong Johnson bertahan.

Trio di tengah
Gerrad, Lucas, dan Meireles bersatu kat tengah. Amacam.?

Prospek terbaik | Kalah Pacheco, Shelvey…
Torres | Jadi poacher, bukan holding striker
Legenda | Pengalaman mereka diperlukan
Roy | Tempatnya di bench, walaupun turun training


Ini hanya pendapat penulis, mesti korang ader pilihan tersendiri.

Seizer,
redsonthespot untuk My-Liverpoolfc



.

Dec 14, 2010

Menanti Kepulangan Yang Tersayang

Setia betul tiga sekawan ni. Main sama-sama, training sama-sama, makan sama-sama, tidur sama-sama, dan injured pun sama-sama. Jadi kali ni kiter tengok bagaimana situasi dan keadaan tiga orang ni?

Mesti tengah kaw-kaw training untuk sembuh cepat.


Telan la ubat banyak mana pun, kalau luka tu luka jenis koyak, kene tidur dan rehat barulah cepat pulih.

Daniel Agger

Menung | Korang amat dinanti-nanti

Mungkin Agger akan kembali bulan ni, tapi tu pun masih tak confirm. Roy harap sangat Agger datang balik, lagi-lagi lepas Carragher yang rehat berbulan. Tambah lagi dengan Skrtel dan Kyrgiakos yang tak menyakinkan.

David Ngog

Gambar hiasan | Ngog hanya cedera ringan

Insiden Ngog jatuh terkankang dengan darah membuak-buak, antara aksi ngeri yang disaksikan musim ni (selain daripada aksi Roy meraba-raba mukanye).

Ngog berjahit di kepala, dan terkoyak sedikit mukenye, dan Roy akan rehatkan pemain ni untuk bertemu Utrecht nanti.


Steven Gerrard

Ditangguh saat comeback nya, Stevie akan dicaj penuh untuk bertemu Fulham minggu depan. Stevie G yang cedera paha semasa international match, kini sudah kembali training bersama skuad utama


Carra : "Bila pulak aku nak main ni!!"

Ngog rehat? Ni la peluang terbaik untuk try test gabungan Torres dan Babel pulak kat depan, tapi rasernya tak terdetik kat hati Roy. Dia mesti nak pemain muda keluar.

Perlawanan kat Utrecht memang sekadar mengisi masa lapang Liverpool, tapi ingat Roy Hoggson, banyak mata jahat memandang, memerhati gerakmu, menunggu saat engkau kecundang.

Torres perlukan lebih masa bermain untuk naikkan keyakinan, tapi lebih masa bermain, lebih pulak la probability untuk injured


“Kita tidak boleh terlalu bergantung pada Gerrard “


Salam dan, saya pada hari ini tertarik untuk menulis artikel ini setelah membaca entri berita yang dikeluarkan oleh Roy Hodgson, dimana pasukan tidak terus bergantung kepada Steven Gerrard. Saya juga akui sememangnya kapten Liverpool ini, merupakan pemain yang terpenting dalam Liverpool. Kerana Gerrard merupakan tunjang dan pengerak dalam segala tindakan yang dilakukan oleh Liverpool dalam sesebuah perlawanan. Bahkan dia juga pemberi semangat kepada seluruh pasukan dan kalau anda semua sedar jika Gerrard tidak bermain ” kita sebagai penyokong merasakan pasukan seperti tidak beraksi dengan kekuatan penuh”

Mungkin ada diantara kawan-kawan semua tidak setuju dengan pendapat yang saya kata kan ini. Olehitu biar saya terangkan dengan lebih lanjut. Bagaimana saya kata kan Liverpool terlalu bergantung kepada Gerrard. Lihat gambar dibawa.


jumlah passing setakat 10 perlawanan dalam liga perdana
Apabila melihat jadual ini, dapat menunjukkan Gerrard merupakan pemain yang paling banyak melakukan hantaran dan gerakkan untuk menentukan corak permainan Liverpool. persoalan nya adakah selama-lamanya kita hendak bergantung kepada Gerrrard

Cuba kita lihat Gerrard masa dalam perlawanan selalunya akan dipertangjungjawab untuk mengambil sepakan penalti, sepakan sudut dan juga sepakan percuma, bahakan juga tidak dapat dinafikan dia juga pemain yang mengerakkan jentera serangan dan jentera bahagian Midfielder. Kita boleh lihat statistik yang saya lampirkan dimana jumlah perbandingan PASSING dan perbandingan antara pemain lain dalam pasukan.

Seperti yang kita semua tahu, sukan bola sepak ini bukanlah sukan yang didominasi oleh individu dalam mencapai matlamat dalam mengecapi kejayaan, malahan semangat kerjasama dalam pasukan adalah sangat penting. Cuba bayangkan jika Gerrard mengalami kecederaan dan tidak boleh bermain. Adakah pemain lain yang boleh mengantikan tempat yang ditinggalkan olehnya. Jawapannya sudah tentu tidak. Jika ada pun mampukah? Pemain tersebut bermain seperti Gerrard yang tidak pernah erti kalah dan sentiasa memberikan usaha dan kerja keras untuk Liverpool.

Saya juga akui pemain lain dalam Liverpool punyai peranan dan kepentingan masing-masing dalam pasukan. Tetapi seharusnya Liverpool perlu mempunyai pemain yang boleh mengantikan Gerrard semasa ketiadaan . Dan disini saya harapkan dengan pelan perancangan yang dikemukan oleh John Henry dan kini kemasukan Damien Comolli dan dibantu oleh Roy Hodgson, dapat mencari pemain yang benar berkemampuan sebagai pelapis untuk mengantikan Gerrard.

Ps: jika ada terdapat sebarang komen dan pendapat mengenai pendapat ini. saya mengharapkan respon dari kawan-kawan semua. dan maafkan saya jika ada tidak setuju dengan pendapat yang saya berikan ini.

Pages:12»