Roy runsing berkenaan hal Gerrard dan Torres

Roy Hodgson mengakui Fernando Torres dan Steven Gerrard harus diurus dengan baik dalam bulan januari ini, hal ini adalah kerana sekiranya Liverpool berjaya melepasi perlawanan piala FA dengan Manchester United pada hujung minggu ini, kita Liverpool akan mengharungi perlawanan yang padat dengan perlawanan iaitu sebanyak 9 perlawanan termasuk perlawanan bagi kempen Liga Perdana.
Tambah Roy lagi….
“Pada perlawanan yang lepas semasa menentang Bolton, saya membuat keputusan untuk merehatkan Gerrard, namun disebabkan atas sebab kecederaan yang melanda Raul Meireles, kami terpaksa menggunakannya”
“Hal ini adalah amat penting kerana sebelum ini gerrard sudah mengalami kecederaan dan baru sahaja pulih daripada kecederaan manakala Torres pula sebelum ini mempunyai kecederaan lutut yang sangat serius, oleh itu adalah sangat penting dimana kami pihak pengurusan squad merancang tempoh masa permainan untuk kedua pemain ini”
Pada pendapat saya (penulis) memang benar apa yang diperkatakan oleh Roy Hodgson ini, kerana tanpa kedua tonggak reds ini, nescaya Liverpool akan turun dengan tempang untuk melalui perlawanan dengan jadual yang padat pada bulan ini.
Disamping itu juga disebabkan sebelum ini perlawanan menentang Fulham dan Blackpool juga telah ditangguhkan disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Daripada keadaan ini juga telah menyebabkan perlawanan dengan kedua pasukan tersebut telah dibawa ke hadapan iaitu pada 12 dan 26 januari ini.
Jika kedua pemain tonggak ini diturunkan pada setiap perlawanan dijangka mereka berdua akan terdedah kepada kecederaan dan ini berlaku pastinya memberikan impak negetif kepada pasukan.
Match Review : Liverpool 2-1 Bolton
Outstanding daripada gerrard dengan dua hantaran gol yang membantu menyelamatkan Liverpool daripada tewas kepada Bolton. Dengan kemenangan ini sekaligus menyelamatkan jawatan panas di squad Liverpool iaitu dengan kemenangan ini membuatkan roy kembali tersenyum.
Namun jika dilihatkan kepada persembahan yang dipertunjukkan dalam perlawanan ini, dapat saya membuat kesimpulan ringkas bahawa posisi pertahanan kiri adalah lebih layak diisi oleh Aurelio berbanding dengan , manakala agger sememangnya sepadan diletakkan di pertahanan tengah dan bergandingan dengan sktel.
Dalam perlawanan ini juga menunjukkan bangaimana kembalinya torres dan menjaringkan gol penyamaan dan pujian turut diberikan kepada cole yang menjaringkan gol kemenangan kepada Liverpool. Secara ikhlasnya gol kedua tadi pada pendapat saya cole berada dalam posisi Outside, tetapi tidak kisah lah, yang penting kita menang di Anfield pada malam ini.
Walaupun menang pada perlawanan ini, saya secara terus terang masih ragu-ragu dengan kewibawaan Roy Hodgson. Bukan bermaksud saya amat membenci sangat kepada beliau, tetapi kebolehannya untuk Liverpool masih tidak sesuai dan banyak lagi kelemahan yang terdedah semasa kendalian beliau. Walau apa pun tunggu dan lihat bagaimana keputusan pihak pengurusan Liverpool bagaimana untuk menentukan masa depan roy di Liverpool. Serta semoga Mireles cepat sembuh dari kecederaan kerana nampak pada minit ke 21 dia terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.
Akhir sekali, terima kasih kepada pemain yang dapat kita lihat bermain dengan sepenuh hati dalam perlawanan ini, walk on reds…….
Man of the Match: Steven Gerrard
MATCH Preview BPL (Bolton vs Liverpool)
Menjawab kritikan Shebby Singh kepada Liverpool
Salam dan tujuan saya menulis pada hari ini adalah sebagai pendapat dan ingat berkongsi maklumat kepada anda semua. Walaupun kini Liverpool masih lagi berada dalam kelompok tiga terbawah dalam liga perdana. Sememangnya perlbagai tomahan dan kritikan dilemparkan kepada Roy Hodgson. Sejak dibawah kendalian bekas pengurus Fulham ini. Jika dilihat Liverpool mengalami penurunan prestasi dan hanya menang dua perlawanan dalam Sembilan perlawanan. Continue reading »
Torres dikaitkan dengan Man u manakala £ 6juta untuk striker Rusia Alexander Kerzhakov
Dikhabarkan menurut sumber dailymail yang mengatakan pemain yang berusia 27 tahun ini, telah menarik perhatian Liverpool semasa dia menjaringkan hat-tricks untuk kelabnya iaitu Zenit St Petersburg yang berpengkalan di bandar yang bernama Saint Petersburg. Dijangka pemain ini juga menjadi sasaran Liverpool untuk memperkuatkan barisan penyerang untuk mengharungi perlawanan dalam liga perdana yang semakin mencabar untuk The Reds. Manakala berita terhangat pada hari ini yang mengatakan bahawa Manchester United ini mendapatkan penyerang pasukan kesayangan kita iaitu Fernando Torres.
Menurut sumber mengatakan bahawa Old Traffod akan menawarkan kos perpindahan sebanyak 50 juta pound untuk Torres dengan menjadikan striker asal Spanyol itu sebagai pembawa citra baru mereka bagi mengantikan Wayne Rooney yang kini sedang hangat diperkatakan akan berpindah ke Manchester City ataupun ke Chelsea.
Pelatih Manchester United, Sir Alex Ferguson sudah lama mengagumi Torres. Tapi, dia kalah bersaing dengan Rafael Benitez semasa memperebut Torres dari Atletico Madrid, tiga tahun lalu. Kini, dengan kemungkinan Rooney meninggalkan Old Trafford, Fergie terpaksa harus menemukan penyerang kelas dunia lain. Dan, Torres dikatakan ada dalam senarai teratas jika Rooney meninggalkan United pada musim perpindahan januari ini. Sungguhpun begitu, Fergie juga harus bersaing dengan Barcelona yang juga sedang mengintai Torres.

Pembelian Torres akan terlaksana apabila penjualan Rooney mencapai 75 juta pound. Dan ini akan menyebabkan pembelian Torres juga akan bermanfaat bagi Manchester United dari sisi komersial dan pengiklanan . Pada pendapat saya (penulis) ini hanyalah agenda dan spekulasi yang sahaja diperlakukan oleh Ferguson untuk mengemparkan Liverpool dan kita semua penyokong Liverpool. Kita semua tidak perlu risau kerana pemilik baru kita telah berjanji bahawa Gerrard dan Torres tidak akan dijual. Dan jika mr hicks ada lagi sebagai pemilik Liverpool mungkin ini akan terjadi, tetapi kini kita mempunyai New England Sports Ventures A.K.A John henry yang sedang sedaya upaya untuk membangunkan Liverpool.
Dingatkan bahawa ini hanya spekulasi sahaja dan tidak mengambarkan keputusan yang diambil Liverpool secara sah
Kuyt dan Roy yakin kepada El-Nino
Dirk Kuyt yakin selepas ini Fernando Torres akan kembali menjaringkan gol berikut keputusan seri 0-0 FC Utrecht di perlawanan kedua Kumpulan Piala Eropah.
“Hanya soal masa sahaja menentukan untuk Fernando kembali untuk menjaringakn gol. Kuyt berkata berkata bahawa selepas perlawanan Sunderland banyak orang berbicara tentang dia tidak menjaringkan gol, namun mereka masih tidak sedar kepada bantuan dua assist yang dilakukan Toress pada perlawanan tersebut.”
Disamping itu Roy Hodgson juga turut membela aksi Toress pada perlawanan malam tadi, tambah Roy lagi saya rasa ini mata yang baik yang dapat dikumpul serta saya yakin Toress akan kembali menemui sentuhan gol nya pada masa perlawanan akan datang. Pada perlawanan tersebut kami berjaya menciptakan beberapa peluang terbaik tapi sayangnya Toress tidak berjaya menjaringkan gol.
Tambah bos Liverpool ini ……
Dia semakin baik dan menunjukan perkembangan positif.pada perlawanan mendatang 90 minit selanjutnya, Torres akan menjadi lebih baik.
Bila Torres mula dikritik

Torres bijak perdaya Vidic 2 musim sudah
Bukan mudah mendapat status penyerang terbaik dunia. Malah, hero Spain ini memakai jersi nombor 9 di Liverpool yang merupakan mesin pencetak gol utama liverpool. Beliau gagal lagi menyumbang sesuatu pada pertemuan menentang Brum semalam. Lebih berat, media di sana mula menghentam beliau berikutan prestasi yang semakin hambar. Sebagai Fan liverpool, bukan nak mengkritik pemain pujaan sendiri. Tapi, rata-rata peminat sangat faham keadaan Torres belum cukup cergas. tambahan pula permainan midfield yang kurang kreatif untuk diumpan kepadanya. Baru baru ini, penulis artikel di UK sangat mengkritik persembahan Torres yang sangat sumbing dibanding dengan awal musim lepas. Mulalah dibanding-bandingkan dengan keadaan musim sudah. Terutamanya, bekas pemain Liverpool sendiri, Jamie Redknapp. Wah, lantangnya bersuara. Memang rata-rata penulis blog LFC sangat marah dengan kritikan tersebut. Continue reading »
Video: Prestasi antarabangsa
Rehat minggu ini, memberi ruang pejuang reds berkhidmat untuk negara. Kuyt cedera ketika latihan, out untuk 4 minggu dan terlepas aksi di Old Kreport. Meireles sumbat sebijik, tapi semalam Potugal tewas 1-0. Gerrard the kapitan tak pernah mengecewakan. Johnson pon main baik. Torres sumbat 2 gol, friendly lawan argentina hanya Reina yg beraksi penuh, namun sangatlah hambar. LUCAS, sumbat sebijik untuk Brazil menang 3-0 keatas Barcelona ‘B’. Skrtel pon cemerlang main 90 minit menang 1-0 keatas Russia. Poulsen dan Agger pon senyum lebar, main 90 minit dan menang juga 1-0 keatas Iceland. Jovanovic pun 90 minit main utk Serbia. dan Carragher makan kacang nganyin di rumah tgk live game England lwn Switzerland.
Tevez hukum kesilapan reina. takpa reina, semua LFC fan masih dibelakang anda!! YNWA Reina
post terbaru
UserOnline
Follow our Tweet
Popular minggu ini
- Cerita Kit Warrior 2012/2013 193 view(s)
- Penajaan Kit Baru 2012/2013 97 view(s)
- Analisis pemain: Liverpool vs Malaysia XI 16 view(s)
- Segelintir pemain telah hilang hormat kami!! 13 view(s)
- Piala FA pusingan kelima "laluan mudah menanti kita" 9 view(s)





